Thursday 24 February 2011

Harapan Kami Terhadap Semua Murid-Murid Kelas Rancangan Khas(KRK)

Pada 18 Februari 2011, semua guru penyelaras KRK daerah Kuala Selangor telah menghadiri satu mesyuarat di PPD,Kuala Selangor bersama Encik Halil bin Badli@Jaafar dan Tuan Haji Ghazali Arifrin. Antara harapan PPD terhadap semua murid-murid KRK ialah berjaya dengan cemerlang dalam aspek akademik dan sahsiah serta mengharumkan nama Kelas Rancangan Khas itu sendiri. Murid-murid KRK harus menjadi contoh kepada murid-murid lain dalam pelbagai aspek. Justeru, PPD dan semua guru penyelaras KRK daerah akan mengadakan beberapa program  bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid KRK di samping program-program yang dijalankan di sekolah masing-masing. Besarlah harapan seluruh warga pendidik agar murid-murid KRK dapat merealisasikan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum  agar setanding dengan murid-murid yang berada  di sekolah berasrama penuh (SBP). Tidak ada alasan untuk meraih kejayaan jika ada usaha ke arah tersebut. Sebagaimana yang anda tahu, KRK merupakan satu kelas alternatif kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di SBP memandangkan penempatan di SBP amat terhad.Jadi, buktikan kepada semua bahawa anda boleh berjaya walau di mana anda berada.

Anda Memang Boleh!!!!!


No comments:

Post a Comment