Saturday 19 February 2011

Selamat Datang ke Blog Kelas Rancangan Khas Daerah Kuala Selangor

Assalamualaikum buat semua penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK) , para guru yang mengajar kelas KRK dan semua murid-murid KRK bagi sesi 2011. Tahniah kerana anda semua terpilih menjadi tenaga pengajar dan menjadi murid KRK. Sesungguhnya, murid-murid KRK ini begitu istemewa kerana anda semua adalah murid contoh dari aspek akademik dan sahsiah. Oleh itu,jagalah nama baik agama, bangsa, keluarga dan status anda sebagai murid-murid KRK. Anda perlu yakin, kelebihan dan kebolehan anda setanding dengan murid-murid yang berada di sekolah-sekolah berasrama penuh. Jangan rasa rendah diri jika anda tidak berpeluang ke sana, kerana kejayaan bukan hanya di sebabkan satu faktor sahaja, malah banyak faktor lain yang boleh menyumbang ke arah kejayaan dan kecemerlang seseorang individu. Menimba ilmu boleh diperoleh di mana-mana asalkan kita rajin dan berusaha. Untuk memantapkan lagi kecemerlangan diri, selaraskannya  dengan memelihara sahsiah diri.

Di sini, cikgu ingin mengambil kesempatan kepada semua murid KRK agar menjadikan ilmu itu sebagai sesuatu yang dapat menyempurna diri dari segi zahir dan batin. Kepentingan ilmu juga diakui dalam agama kita kerana surah pertama yang diturunkan oleh Allah SWT ialah Iqra' yang membawa maksud 'bacalah'.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)
Huraian
Pengajaran hadith
:
  • Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.
  • Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
  1. Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
  2. Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).
  3. Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
  4. Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
  • Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.
  • Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Salam Ukhwah

1 comment:

  1. Pelajar-pelajar KRK memang istimewa.Dan harapan kami sebagai Guru Penyelaras KRK, bantulah kami untuk sama-sama membimbing dan mendidik anak-anak tuan/puan ini untuk berjaya dalam mencapai masa depan mereka.Kami sentiasa berusaha dan mencurahkan segala tenaga,masa dan keringat yang ada untuk memastikan anak-anak KRK ini akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam hidup di dunia dan sejahtera di akhirat. Jadilah ibu bapa yang peka, berfikiran positif dan menerima dengan hati yang lapang terhadap sebarang aktiviti,program atau apa sahaja yang telah dirancang untuk anak-anak tuan/puan.

    ReplyDelete