Thursday 31 March 2011

Merancanglah Dari Sekarang

Bersedia dari awal untuk menghadapi masa akan datang adalah lebih baik daripada bertungkus lumus pada saat-saat akhir. So, murid-murid harus pandai menguruskan masa agar target untuk mendapatkan sesuatu kejayaan mudah dicapai. Fokus kepada sesuatu yang berfaedah,adalah lebih baik daripada memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa hasil. Melalui blog yang telah kami sediakan, murid-murid boleh berinteraksi secara terus untuk mendapatkan maklumat atau berkongsi segalanya daripada kami. Jika murid-murid menghadapi masalah dalam mata pelajaran tertentu, sila tinggalkan catatan untuk kami cuba menjawab segala permasalahan yang anda hadapi.

'Sediakan payung sebelum hujan', merupakan pepatah yang perlu anda semua patuhi. Orang yang sentiasa bersedia, lebih menjanjikan kejayaan daripada mereka yang leka.Jangan malu untuk bertanya jika ada anda buntu mencari jawapannya kerana orang yang segan bertanya, sering tersesat jalannya.
So.....apa lagi, mulakan perancangan yang rapi untuk menghadapi hari mendatang tidak kiralah sama ada hendak berhadapan dengan peperiksaan pada peringkat sekolah, peperiksaan PMR,SPM atau merencanakan masa depan anda. Ingatlah bahawa, siapa anda pada masa hadapan, adalah bermula daripada perancangan anda pada hari ini.

No comments:

Post a Comment