Tuesday 22 March 2011

Jangan Berfikiran Negatif




Topik kali ni, cikgu nak kongsi tentang keburukan berkawan dengan orang yg berfikiran negatif. Apa sebabnya??????? 
Jawapannya, mudah saja. Ditakuti, kita yg positif akan jadi negatif juga. Biasanya, perkara yg tidak baik ni, mudah saja dapat mempengaruhi orang lain.

Bagaimana hendak mengenali orang2 yg bersikap negatif ni???? Antara ciri-cirinya ialah, perkataan, frasa dan ayat yg keluar drp mulut mereka, tidak ada yg membina.Tindakan mereka juga tidak memberi sebarang manfaat.Jadi,sebelum anda semua termasuk dlm golongan ini, lebih baik jauhkan diri dari berkawan dgn mereka yg berfikiran negatif sejak dari awal lagi. 

Org yg berfikiran negatif tidak pernah nampak baik mengenai individu lain. Mereka lebih suka mencari kelemahan daripada kekuatan. Lebih banyak menyalahkan daripada memberi idea untuk membetulkan keadaan. Mereka juga tidak suka kepada sesuatu yang baharu.Justeru, bagaimana orang2 seperti ini ingin maju???

So, jika anda rasa, anda adalah salah seorang daripada orang2 sebegini, lebih baik segera ubah sikap itu kerana berfikiran negatif tidak akan membawa kecemerlangan dalam hidup.


Ok, di bawah ini merupakan 11 petanda manusia yang berfikiran negatif. Anda baca kemudian buat senarai semak tentang sikap kawan2 anda atau diri anda sendiri. 
  • suka memaki-maki
  • memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
  • cepat bersangka buruk
  • belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
  • memandang rendah
  • hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
  • panas baran, cepat naik marah
  • suka berbohong dan mengada-adakan cerita
  • cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
  • sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
  • suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan
 Pada entri akan datang, kita bincang pula bagaimana hendak menjadi individu yang bersikap positif.

No comments:

Post a Comment