Monday 4 April 2011

Kamu Adalah Idola

Semalam, cikgu menegur beberapa orang murid yang berlegar2 di belakang bangunan tepi padang. Cikgu tanya kepada mereka kenapa tak masuk ke kelas. Dengan gaya kurang ajar, mereka menjawab malas nak masuk kelas sebab boring dengan subjek berkenaan.Kalau ikut hati yg panas, nak saja cikgu menghayun tangan biar hinggap ke mulut murid-murid berkenaan. Mulut yg celupar elok diajar saja dengan penampar tapi apa kan daya, sistem pendidikan sekarang menuntut guru-guru di Malaysia ni supaya banyak bersabar.

Macam manalah nak berjaya jika dalam fikiran mereka sudah ada sikap negatif. Bila tak suka dengan subjek berkenaan, mudah saja mereka ambil pendekatan.Tak payah masuk ke kelas. Kalau nak difikirkan, cikgu2 tak rugi pun kalau murid2 tak mahu masuk ke kelas. Gaji cikgu tetap jalan seperti biasa. Malah, lagi sedikit murid2 di dalam kelas, makin mudah hendak diajar.Masalahnya, tuntutan tanggungjawab menyebabkan cikgu2 marah pada murid2 yang tidak tahu memanfaatkan ilmu. Justeru, murid2 harus bijak memanfaatkan masa untuk menimba ilmu selagi terdaya. Masa tidak berulang buat kali kedua, sebab itu ada manusia yg melambangkan masa itu ibarat emas.

Buat murid2 KRK, cikgu berharap sangat agar kamu semua menjadi 'penanda aras' bagi murid2 lain. Kamu harus jadikan diri kamu sebagai contoh terbaik di sekolah. Akademik dan sahsiah harus bergandingan seiringan agar murid-murid lain menjadikan kamu sebagai idola mereka, dan secara tak langsung kamu semua dapat memotivasikan mereka yang tidak berminat dalam pelajaran.Kamu harus jadikan diri kamu 'the most,the best,dan the first' dalam setiap bidang yang diceburi.....barulah diri kamu akan dihargai dan disegani oleh orang lain.

Jadi, bolehkah murid2 KRK menyahut cabaran cikgu untuk menjadikan diri kamu sendiri sebagai idola kepada murid2 lain yang buta menilai pentingnya ilmu pengetahuan pada masa hadapan.

2 comments:

  1. Betul tu kak Nora.Saya rasa agak terkilan juga bila terdapat bukan sahaja pelajar KRK malah ibu bapa mereka sendiri yang tidak faham tentang maksud sebenar KRK. Kenapa KRK diwujudkan. Malah sanggup menuduh GurU Penyelaras KRK tidak ada hati, tidak ada perasaan. Padahal hanya Allah sahaja yang tahu, kita bertungkus lumus untuk memastikan anak-anak mereka sentiada berada di landasan yang betul, tidak tergelincir dari jalan yang sebenarnya. Mereka terlalu percayakan cakap anak-anak yang pandai mereka cerita sehingga guru dilihat sebagai pemusnah masa depan anak-anak. Tapi yang lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak mereka ialag kita (guru). Kita yang menyaksikan semua salah laku yang pernah dibuat oleh anak-anak mereka. Bila ditegur, diberi nasihat, didenda supaya berubah menjadi positif, kita pula dihentam. Aneh betul dunia pendidikan sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah yg menyedihkan ni.....sedihkan. Nampaknya kita je yg beria2 tp mcm tepuk sebelah tangan je...
      Azlina, nanti akak bagi pasword, tolong update kan blog ya

      Delete